PROGRAM GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBUK YAYASAN PERAK 2023

5 April 2023 – Yayasan Perak telah mengadakan Program Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk di Wisma Yayasan Perak sempena bulan Ramadhan. Kakitangan yang terlibat dalam program ini bersama-sama bergotong royong memasak bubur lambuk dan diedarkan kepada orang awam berhadapan pejabat Yayasan Perak.
Pengagihan bubur lambuk diserahkan oleh Tuan Azrul Sani bin Ibrahim, Pengurus Besar Yayasan Perak kepada wakil bahagian.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan