MAJLIS PERSARAAN TIMBALAN PENGURUS BESAR YAYASAN PERAK


22 September 2023 – Yayasan Perak telah menganjurkan majlis persaraan yang diadakan di Hotel Excelsior, Ipoh buat Puan Rohana binti Mohammad, Timbalan Pengurus Besar yang telah bersara pada 5 September 2023.
Majlis tersebut diadakan bagi meraikan dan memberi penghormatan kepada beliau yang telah berkhidmat di Yayasan Perak selama hampir 30 tahun.
Pihak Pengurusan Yayasan Perak mengucapkan selamat maju jaya dan sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera sepanjang tempoh persaraan kelak.