π—£π—˜π— π—•π—˜π—‘π—§π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—£π—˜π—‘π—˜π—§π—”π—£π—”π—‘ π—›π—”π—Ÿπ—” 𝗧𝗨𝗝𝗨 𝗦𝗧π—₯π—”π—§π—˜π—šπ—œπ—ž 𝗗𝗔𝗑 π—£π—˜π—Ÿπ—”π—‘ 𝗧π—₯𝗔𝗑𝗦𝗙𝗒π—₯π— π—”π—¦π—œ 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗑 π—£π—˜π—₯π—”π—ž

Kami amat berbesar hati menerima kehadiran YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak ke Yayasan Perak.
YAB Menteri Besar telah meluangkan masa selama 3 jam untuk mendengar pembentangan yang diberikan oleh Dr Nasreen Khanum selaku Pengurus Besar Yayasan Perak yang baharu.
Pelan Transformasi dan penjenamaan semula Yayasan Perak yang dirancang dilihat dapat memberikan nafas baru kepada program-program bantuan di bawah seliaan Yayasan Perak disamping memperkukuhkan peranan Yayasan Perak secara keseluruhan.
YAB Menteri Besar memberikan mandat dan sokongan penuh kepada Pengurus Besar Yayasan Perak yang baharu untuk memacu Yayasan Perak bagi memenuhi objektif penubuhannya iaitu untuk membantu membangunkan rakyat Negeri Perak terutamanya golongan yang kurang berkemampuan.