π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗧π—₯π—”π—§π—˜π—šπ—œπ—ž 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗑 π—£π—˜π—₯π—”π—ž π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 π—¨π—‘π—œπ—©π—˜π—₯π—¦π—œπ—§π—œ π—£π—˜π—‘π——π—œπ——π—œπ—žπ—”π—‘ π—¦π—¨π—Ÿπ—§π—”π—‘ π—œπ——π—₯π—œπ—¦ (π—¨π—£π—¦π—œ)

Yayasan Perak bakal menjalankan kerjasama strategik bersama UPSI dalam meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi kepada pelajar-pelajar dari kumpulan B40 yang memerlukan bantuan kewangan pendidikan.
Kepakaran UPSI dalam pembangunan kepimpinan dan pembangunan insan juga boleh dimanafaatkam bagi meningkatkan motivasi dan semangat bagi pelajar-pelajar untuk terus berjaya.
Penekanan bantuan ini boleh diberi kepada universiti yang berpusat di dalam Negeri Perak kerana selain manafaat pendidikan ia turut membantu merancakkan ekonomi Negeri Perak.
Dr. Nasreen Khanum Binti Nawab Zadah Khan, Pengurus Besar Yayasan Perak bersama Profesor Dato’ Dr. Md Amin Md Taff, Naib Canselor UPSI serta barisan pengurusan Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah(UPSI) sempena Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-25 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjong Malim yang berlangsung semalam.