𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗭𝗨𝗠𝗕𝗔 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗕 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞

Program Zumba anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Yayasan Perak yang dipimpin oleh Coach Sal dari Malaysia Fitness Association-MAFA yang telah diadakan semalam.
Program ini dirancang akan diadakan sekurang-kurangnya dua kali sebulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal serta membudayakan hidup yang sihat disamping mengukuhkan perpaduan dan mengeratkan hubungan silaturahim kepada semua kakitangan Yayasan Perak.
Kakitangan yang hadir memeriahkan program ini telah menyahut saranan serta cabaran untuk kekal sihat bagi memastikan produktiviti dan prestasi kerja kakitangan sentiasa dalam keadaan yang baik.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#programzumba
#kekalsihatcergas
#mindacerdasdatangdaribadanyangcergas