𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗡𝗖𝗜 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗦𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚𝗜 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛𝗞𝗨 (𝗕𝗜𝗡𝗔 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨)

Sesi simbolik penyerahan kunci rumah di bawah Program Sayangi Rumahku Yayasan Perak kepada Encik Mustapa bin Md Sharif dari Kampong Tersusun Taman Seri Sayang, Parit telah disempurnakan oleh YB Khairudin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak.
Turut hadir bersama Encik Tajul Hasrul, Pengurus Pembangunan Sosial Yayasan Perak dan Penghulu Mukim Belanja.
Program bantuan ini bermatlamat untuk meningkatkan kualiti hidup dan membantu menyediakan kediaman yang lebih selesa kepada kumpulan sasar yang memerlukan.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#programsayangirumahku
#kamibanturakyat
#programkomuniti