𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗞𝗘 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚

Yayasan Perak telah mengadakan kunjungan hormat pagi tadi ke Yayasan Pahang yang diketuai oleh Dr. Nasreen Khanum Nawab Khan, Pengurus Besar Yayasan Perak. Kunjungan hormat tersebut disambut oleh Dato’ Indera Mahmud bin Mohd Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif dan barisan pentadbiran Yayasan Pahang.
Kunjungan Hormat tersebut bertujuan untuk menjalinkan hubungan dan kerjasama diantara yayasan disamping berkongsi maklumat perjalanan operasi Yayasan Pahang.
Yayasan Perak akan sentiasa mengambil peluang untuk terus memperkukuhkan kerjasama strategik ini dan semoga menjadi rujukan baharu bagi memperkasakan lagi sektor pendidikan di Negeri Perak.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#yayasansemalaysia
#halatujubaru
#pembangunanpendidikan