𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗞𝗘 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗗𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 (𝗣𝗦𝗞) 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚

Yayasan Perak turut mengadakan kunjungan hormat ke Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) Pahang bertujuan bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman disamping mengeratkan jalinan kerjasama.
Sesi perkongsian ilmu ini dipengerusikan oleh Puan Haslina binti Bahasan, Ketua Pegawai Eksekutif PSK dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari PSK Pahang. Dalam pertemuan tersebut, Yayasan Perak yang diketuai oleh Dr. Nasreen Khanum Nawab Khan, Pengurus Besar Yayasan Perak turut mendengar taklimat mengenai perjalanan operasi PSK yang dilaksanakan.
Yayasan Perak turut dibawa melawat Menara Kuantan 188 yang merupakan salah satu projek usahasama PSK yang menjadi salah satu tarikan pelancong ke Negeri Pahang.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada PSK Pahang kerana sudi menerima kunjungan hormat ini. Semoga kerjasama dan pengalaman ini menjadi penanda aras bagi memastikan Yayasan Perak dapat meneroka peluang-peluang perniagaan dan pelaburan baharu sekaligus meningkatkan bantuan kepada kumpulan sasar yang memerlukan di Negeri Perak.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#kongsiilmu
#halatujubaru
#pelantransformasi