𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗥𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗧𝗨𝗜𝗦𝗬𝗘𝗡 𝗖𝗜𝗞𝗚𝗨 𝗦𝗔𝗔𝗥𝗔𝗡𝗜 (𝗧𝗖𝗦)

Mesyuarat berkenaan Penyelarasan Program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) telah diadakan di Wisma Yayasan Perak bertujuan menyelaras setiap inisiatif di bawah Program TCS ini.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YB . Encik Khairudin bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak turut dihadiri oleh Puan Halizah Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah UPEN, Dr. Nasreen Khanum, Pengurus Besar Yayasan Perak, Encik Aldrin Ng, Pengarah PASAK, Encik Zulfadzli, Pegawai Khas kepada YAB MB dan Wakil YBUDR.
Yayasan Perak merupakan agensi penyelaras kepada program-program di bawah Program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) dan ini merupakan platform bagi membincangkan dan memantau pelaksanaan program-program yang sedang dan akan dijalankan oleh setiap agensi yang terlibat untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan di Negeri Perak.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#programtuisyencikgusaarani