𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗞𝗘 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 (𝗬𝗣𝗝)

Yayasan Perak telah mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) yang diketuai oleh Dr. Nasreen Khanum Nawab Khan, Pengurus Besar Yayasan Perak dan disambut baik oleh Tuan haji Suhairi bin Haji Hashim, Pengurus Besar YPJ serta barisan pegawai-pegawai YPJ.
Kunjungan kali ini bagi berkongsi pandangan dan pengalaman dari segi pengurusan organisasi, program bantuan pendidikan serta pengurusan anak syarikat di bawah seliaan YPJ sekaligus mengeratkan lagi jaringan kerjasama antara Yayasan Negeri.
Yayasan Perak berharap jalinan kerjasama antara kedua-dua negeri yang sedia terjalin ini dapat diperkukuh demi memperkasakan peluang pendidikan bagi menyokong pembangunan & kesejahteraan rakyat.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#kunjunganhormat
#yayasanpelajaranjohor
#perkasapendidikan
#jalinankerjasama
#yayasansemalaysia