𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗞𝗘 𝗚𝗔𝗟𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗢𝗠𝗣𝗢𝗡𝗘𝗡 𝗜𝗕𝗦

Yayasan Perak bersama CIDB Negeri Perak dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak telah mengadakan lawatan kerja ke Galeri Komponen IBS. Lawatan ini diketuai oleh YBrs. Encik Zaini Yahya, Pengarah CIDB Negeri Perak, YBrs. Puan Zaiteena Wan Nasir, Timbalan Ketua Eksekutif, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak, serta pegawai-pegawai daripada Yayasan Perak, CIDB Negeri Perak dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak.
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan yang lebih terperinci berhubung penggunaan teknologi dan penggunaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam industri pembinaan.
Dalam sesi lawatan ini juga turut diadakan sesi taklimat mengenai perlaksanaan Sistem IBS dalam pembinaan perumahan mampu milik serta lawatan ke Galeri Komponen IBS & Makmal Kerja Raya Malaysia MKRM @ CREAM.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#industriperumahan
#sistemibs