𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—•π—œπ—–π—”π—₯𝗔 π—šπ—’π—”π—Ÿ 𝗗𝗔𝗑 π—šπ—œπ—‘π—–π—¨ π—¦π—˜π— π—£π—˜π—‘π—” π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π—£π—˜π—Ÿπ—”π—‘π—–π—”π—₯𝗔𝗑 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗑 𝗛𝗔π—₯π—œ π—ͺπ—”π—‘π—œπ—§π—” π—£π—˜π—₯π—œπ—‘π—šπ—žπ—”π—§ π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ π—£π—˜π—₯π—”π—ž

Dr. Nasreen Khanum Nawab Khan, Pengurus Besar Yayasan Perak, telah dijemput menjadi ahli panel dalam Program Bicara Goal dan Gincu yang dianjurkan oleh Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak bertempat di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh.
Puan Jamilah Zakaria, Pengarah Sekretariat Wanita Perak sebagai moderator telah mengendalikan diskusi tersebut dan turut bersama ahli panel jemputan iaitu En Chai Sen Tyng dari Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia, UPM dan Tan Sri Dato’ Seri Prof Dr. Noorul Ainur Mohd Nur, Pengerusi UCYP Universiti.
Turut diadakan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Perak yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Salbiah Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak.
Selamat Hari Wanita Tahun 2024 ! β€œWanita Dijulang, Negara Gemilang”
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#selamathariwanita
#wanitadijulangnegaragemilang