𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐌𝐒 𝐈𝐒𝐎 𝟗𝟎𝟎𝟏: 𝟐𝟎𝟏𝟓 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐔𝐋𝐈𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝘾𝙃𝘼𝙉𝙂𝙀 𝙈𝘼𝙉𝘼𝙂𝙀𝙈𝙀𝙉𝙏 𝙎𝙋𝙀𝘾𝙄𝘼𝙇𝙄𝙎𝙏

Yayasan Perak telah menerima sijil MS ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti dan Pegawai-pegawai Yayasan Perak turut berjaya ditauliahkan sebagai 𝘊𝘩𝘢𝘯𝘨𝘦 𝘔𝘢𝘯𝘢𝘨𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘚𝘱𝘦𝘤𝘪𝘢𝘭𝘪𝘴𝘵.
Penarafan dan Pentauliahan ini membuktikan kesediaan Yayasan Perak ke arah pelan transformasi serta penjenamaan semula Yayasan Perak dan turut membuktikan kemampuan Yayasan Perak dalam menerajui pembangunan modal insan yang unggul, dinamik dan bertaraf global ke arah Kesejahteraan Negeri Perak menjelang 2030.
Sijil Penarafan dan Pentauliahan telah disampaikan kepada Dr. Nasreen Khanum Nawab Khan, Pengurus Besar Yayasan Perak dan disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Yayasan Perak serta turut hadir bersama barisan Anggota Yayasan Perak.
Yayasan Perak akan terus berusaha mengenal pasti ruang dan peluang penambahbaikan dalam penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#penarafansijilmsiso
#pentauliahanchangemanagementspecialist
#pelantransformasi