𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 @𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞𝗳𝗺

Dr. Nasreen Khanum binti Nawab Zadah Khan, Pengurus Besar Yayasan Perak ke udara bersama DJ Ida dalam PERAKfm PRIHATIN bagi berkongsi mengenai Program-Program Bantuan Yayasan Perak. Pengurus Besar menerangkan dengan lebih terperinci peranan Yayasan Perak sebagai agensi peneraju pembangunan modal insan bagi memastikan anak-anak di Negeri Perak terutama dari keluarga B40 ini dibantu.
Yayasan Perak ingin merakamkan penghargaan ucapan terima kasih kepada YB Azlan Helmi, Pengerusi Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak diatas peluang ini dan YB Khairuddin Abu Hanifah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak sama-sama membantu Yayasan Perak bagi meningkatkan hebahan mengenai inisiatif Kerajaan Negeri kepada semua rakyat Negeri Perak.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#perakfmprihatin
#anakperakdibantu