𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗕𝗨𝗕𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗠𝗕𝗨𝗞 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰

Yayasan Perak telah mengadakan program tahunan bersempena bulan Ramadan pada tahun ini iaitu program gotong-royong penyediaan bubur lambuk yang diselaraskan di bawah Kelab Sukan dan Kebajikan Yayasan Perak.
Program tersebut melibatkan kerjasama semua bahagian bagi penyediaan bahan mentah, memasak, membungkus serta edaran kepada masyarakat di sekitar Wisma Yayasan Perak bagi bersama-sama berkongsi juadah berbuka puasa.
Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr. Nasreen Khanum binti Nawab Zadah Khan telah turut bersama-sama bergotong-royong memasak dan mengagih bubur lambuk.
Program ini dapat mengukuhkan ukhuwah di antara semua kakitangan disamping memberi peluang kepada Yayasan Perak menyantuni komuniti setempat sekaligus memanfaatkan keberkatan bulan Ramadan.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#programbuburlambuk
#ramadan2024