Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pinjaman Perumahan Perak Sejahtera (PPPS)

Pengurus Besar Yayasan Perak turut hadir ke Majlis Penyerahan surat tawaran bagi Pinjaman Perumahan Perak Sejahtera telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak kepada 30 peserta penduduk setinggan di rizab Sungai Kerian.
Yayasan Perak memainkan peranan yang sangat instrumental dalam penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh peserta setinggan berkenaan yang telah berlarutan selama hampir 10 tahun di mana Yayasan Perak menyalurkan peruntukan berjumlah RM4.5 juta di bawah Program Rumah Perakku Prihatin kepada LPHP bagi mewujudkan Pinjaman Perumahan Perak Sejahtera (PPPS) yang menawarkan pinjaman perumahan tanpa faedah kepada peserta-peserta tersebut.
Hasil kerjasama strategik antara Yayasan Perak dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak akan menjadi titik tolak bagi LPHP mula menawarkan perkhidmatan pinjaman perumahan tanpa faedah kepada golongan sasar agar lebih ramai golongan rakyat yang kurang berkemampuan dapat membeli dan memiliki rumah sendiri.
YAB Menteri Besar menekankan kolaborasi strategik antara agensi-agensi Negeri akan dapat membangunkan Negeri Perak ini secara menyeluruh dan mampan. YAB menyarankan akan semua jentera Kerajaan untuk bergerak bersama bagi mencapai matlamat Pembangunan Negeri sejajar dengan Perak Sejahtera 2030.
Yayasan Perak komited dalam membantu golongan B40 untuk memiliki kediaman selaras dengan sasaran Sejahtera Sosial.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#perumahanperaksejahtera
#sejahterasosial
#peraksejahtera2030