𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗖𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗥𝗔 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗛𝗔𝗦𝗜𝗦𝗪𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟰

Kerajaan Negeri telah melancarkan Bantuan Sara Diri dan Bantuan Kecemasan Mahasiswa bagi anak kelahiran Negeri Perak untuk tahun 2024. Inisiatif ini disediakan khusus untuk meringankan beban kewangan mahasiswa yang berasal dari keluarga kurang berkemampuan dan mereka yang menghadapi situasi kecemasan luar jangka sepanjang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi.
Yayasan Perak bertanggungjawab untuk menguruskan penyaluran dana bagi permohonan-permohonan yang dikemukakan ke Pejabat Exco Pendidikan bagi permohonan yang dipertimbangkan layak mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan www.eheyns.com.my.

Yayasan Perak sentiasa menyokong inisiatif yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha meringankan beban kewangan mahasiswa daripada keluarga kurang berkemampuan agar terus cemerlang dalam bidang pengajian.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#bantuansaradiridankecemasan
#MahasiswaPerak