𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗞𝗨 𝗧𝗨𝗜𝗦𝗬𝗘𝗡 𝗔𝗦𝗥𝗔𝗠𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞

Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Yayasan Perak telah mengadakan Majlis Penyerahan Buku Tuisyen Asrama Harian Negeri Perak yang disempurnakan oleh YB Khairuddin bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak bertempat di Hotel Casuarina@Meru.
Bantuan ini merupakan sebahagian daripada Program Kecemerlangan Akademik Yayasan Perak Tahun 2024 bersama Jabatan Pendidikan Negeri Perak untuk membekalkan buku-buku tambahan kepada 2,000 orang murid asrama harian yang layak sebagai persediaan latih tubi menjelang peperiksaan SPM bagi tahun 2025 kelak.
Kesemua murid akan dibekalkan dengan satu set buku tambahan berharga RM105.00 setiap set bagi 6 matapelajaran teras dengan jumlah peruntukan kewangan sebanyak RM210,000.00 oleh Yayasan Perak.
Yayasan Perak berharap dengan pemberian bantuan ini dapat meningkatkan kualiti pencapaian akademik murid-murid SPM terutama murid asrama dari kalangan keluarga B40. Selain itu, diharap inisiatif ini dapat merapatkan jurang pencapaian akademik di antara murid asrama dan murid sekolah harian selain dapat meringankan bebanan kewangan ibubapa.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#bantuanbukutuisyen
#asramahariannegeriperak
#pembangunanpendidikan
#jabatanpendidikannegeriperak