𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗥𝗜𝗔𝗡𝗚 𝗥𝗜𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 𝗚𝗟𝗖 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗬𝗔𝗕 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥

Kemeriahan sambutan Majlis Riang Ria Aidilfitri bersama YAB Menteri Besar Perak menyaksikan semua GLC Negeri Perak bersama-sama memeriahkan sambutan buat julung-julung kalinya diadakan di Laman Seri Ridzuan, Ipoh dengan jumlah kehadiran hampir 10,000 orang malam tadi.
YAB Menteri Besar turut menyampaikan sijil penghargaan kepada setiap ketua GLC Perak dan sesi penyampaian duit raya kepada anak-anak yatim serta anak-anak kakitangan GLC negeri yang hadir.
Yayasan Perak yang diketuai oleh Dr. Nasreen Khanum, Pengurus Besar Yayasan Perak merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan atas penglibatan semua jawatankuasa penganjur yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini serta rakan-rakan strategik Yayasan Perak bersama seluruh ahli keluarga Warga Kerja Yayasan Perak yang turut hadir memeriahkan majlis ini.
Semoga majlis ini dapat diteruskan pada masa akan datang sekaligus dapat memupuk semangat ukhuwah dan memperkukuhkan hubungan di antara semua GLC Negeri.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#majlisriangriaaidilfitriglcnegeri
#glcnegeriperak