𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗢𝗠 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗨 (𝗝𝗠𝗨 𝟮𝟬𝟮𝟰)

Yayasan perak turut serta membuka perkhidmatan kaunter dan pameran sempena program JOM MASUK U 2024 – ZON TENGAH 1 anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi bertempat di Dewan Uitm Seri Iskandar pada 4 dan 5 Mei 2024.
Program ini bertujuan untuk mempromosi dan menyebarluas maklumat terkini mengenai peluang melanjutkan pengajian tinggi di IPTA dan IPTS kepada pelajar sekolah, Universiti, warga pendidik dan ibu bapa. Yayasan Perak juga turut menyampaikan maklumat berkaitan bantuan dan insentif yang disediakan kepada anak-anak Perak.
Terima kasih kepada pihak penganjur dan semua pengunjung yang hadir memeriahkan kaunter Yayasan Perak.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#programkaunterkhidmatpelanggan
#YPturunpadang