NOTIS SEBUT HARGA/ TENDER

—

Kenyataan Tawaran

KENYATAAN TAWARAN SECARA SEBUT HARGA

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang berpengalaman dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dibawah kod bidang berikut untuk membuat tawaran bagi :- 

NO. SEBUT HARGATAJUK  KOD BIDANG  
    YP (SBT) 18/2026    PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN BERPAKAIAN SERAGAM TANPA SENJATA API, DI IBU PEJABAT YAYASAN PERAK BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN  220801 (Kawalan Keselamatan)  

Tarikh Buka             :            17 November 2026 (Selasa)

Tarikh Tutup           :            17 Disember 2026 (Khamis)

Syarat – syarat dan terma adalah seperti berikut :

  1. Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor yang berpengalaman dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 220801.
  2. Sebut Harga dengan syarat-syarat yang ditentukan boleh diperolehi senaskah di Unit Perolehan, Tingkat 2 Bahagian Kewangan, Wisma Yayasan Perak, No. 111, Jalan Sultan Idris Shah. Hanya pemilik lesen kontraktor atau wakil sah yang dibenarkan untuk menyertai sebut harga ini.
  3. Jualan dokumen sebut harga adalah sepanjang tempoh iklan dibuka dan bayaran hendaklah dibuat malalui Online Transfer / Bank Transfer ke akaun Bank Muamalat Malaysia Berhad 0804-0000007-71-8 atas nama YAYASAN PERAK atau melalui QR CODE yang disediakan sahaja.
  • Semasa membeli borang sebut harga, syarikat hendaklah membawa cop syarikat dan sijil asal beserta salinan-salinan sah sijil seperti berikut:
  1. Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan (SSM)
  1. Sijil Kementerian Kewangan Malaysia
  • Tiap-tiap borang sebut harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis dengan perkataan “No.Sebut harga : YP(SBT)18/2026” di sudut kiri (atas) dan dimasukkan ke dalam peti sebut harga sebelum jam 12.00 tengah hari pada 17 Disember 2026 (Khamis) kepada alamat berikut :-

PETI SEBUT HARGA YAYASAN PERAK

TINGKAT BAWAH, WISMA YAYASAN PERAK

NO. 111, JALAN SULTAN IDRIS SHAH

30000 IPOH, PERAK

  • Sebut harga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan dan sebarang kesilapan dalam pengisian borang juga tidak akan dilayan.
  • Yayasan Perak tidak terikat kepada sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga dan keputusan Ahli Jawatankuasa adalah muktamad.
  • Syarikat-syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut mengenai sebut harga tersebut, hendaklah menghubungi pegawai seperti berikut:
  1. Unit Perolehan : 05-2552929

Laporan Keputusan

-TIADA-