NOTIS SEBUT HARGA/ TENDER

Kenyataan Tawaran

Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor yang berpengalaman dan berdaftar dengan CIDB, mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) dibawah kod bidang berikut untuk membuat tawaran bagi :-

Tarikh Buka             :  27 Februari 2026 (JUMAAT)
 
Tarikh Tutup           :  31 Mac 2026 (SELASA)
 

Syarat – syarat dan terma adalah seperti berikut :

Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor yang berpengalaman dan berdaftar dengan CIDB, mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK), di bawah kod bidang G1, Kategori B, Pengkhususan B04 (Kerja-Kerja Am Bangunan).
 
Sebut Harga dengan syarat-syarat yang ditentukan boleh diperolehi senaskah di Bilik Gerakan, Aras Bawah, Wisma Yayasan Perak, No. 111, Jalan Sultan Idris Shah semasa sesi taklimat diadakan. Hanya pemilik lesen kontraktor atau wakil yang sah dan menghadiri taklimat sahaja yang dibenarkan untuk menyertai sebut harga ini.
 
Taklimat akan diadakan seperti butiran berikut :
 
Tarikh :      13 Mac 2026 (Jumaat) | Masa :  10.00 pagi | Tempat    :   Bilik Gerakan, Aras Bawah Wisma Yayasan Perak No. 111, Jalan Sultan Idris Shah 30000 Ipoh, Perak
 
Jualan dokumen sebut harga akan diadakan semasa sesi taklimat sahaja dan bayaran hendaklah dibuat malalui Online Transfer / Bank Transfer ke akaun Bank Muamalat Malaysia Berhad 0804-0000007-71-8 atas nama YAYASAN PERAK dan melalui QR CODE yang disediakan sahaja.
 
Semasa menghadiri taklimat sebut harga, kontraktor hendaklah membawa cop syarikat dan sijil asal beserta salinan-salinan sah sijil seperti berikut:
Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) oleh CIDB
Sijil Pendaftaran CIDB
Sijil Taraf Bumiputera (STB) oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (PKK)
Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan (SSM)
 
Lawatan tapak tidak diwajibkan. Walau bagaimanapun, pihak syarikat DIGALAKKAN untuk membuat lawatan tapak berkenaan secara sendirian.
 
Keutamaan akan diberikan kepada kontraktor tempatan yang berdaftar dengan CIDB sahaja.
 
Tiap-tiap borang sebut harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis dengan perkataan “No.Sebutharga : YP(SBT) 1/2026” di sudut kiri (atas) dan dimasukkan ke dalam peti sebut harga sebelum jam 12.00 tengah hari pada 31 Mac 2026 (Selasa) kepada alamat berikut :-
 
PETI SEBUT HARGA YAYASAN PERAK
TINGKAT BAWAH, WISMA YAYASAN PERAK
NO. 111, JALAN SULTAN IDRIS SHAH
30000 IPOH, PERAK
 
Sebut harga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan dan sebarang kesilapan dalam pengisian borang juga tidak akan dilayan.
 
Yayasan Perak tidak terikat kepada sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga dan keputusan Ahli Jawatankuasa adalah muktamad.



Laporan Keputusan