Hijrah Insaniah: Amanah Yang Digalas Bersama
Majlis Berbuka Puasa Yayasan Perak pada petang ini turut menjadi ruang bermakna apabila kita dapat bersama-sama meraikan anak-anak Hijrah Insaniah — anak angkat Yayasan Perak yang kini melangkah ke Tingkatan 3.
Bermula sejak Tingkatan 1, kini sudah masuk tahun ketiga anak-anak ini bersama Yayasan Perak — satu perjalanan yang diteruskan dengan komitmen dan sokongan berterusan.
Seramai 30 orang pelajar terlibat dalam program ini, melibatkan SMK Raja Permaisuri Bainun, Sekolah Raja Perempuan Taayah, Sekolah Izzuddin Shah dan SMK Raja Perempuan.
Turut menyantuni majlis ialah barisan anggota Yayasan Perak serta Perak Transit selaku rakan strategik Yayasan Perak. Kehadiran pengetua dan guru-guru pengiring amat dihargai dalam menjayakan usaha ini.
Hijrah Insaniah bukan sekadar program sokongan pembelajaran, tetapi satu komitmen bersama antara Yayasan Perak dan para guru dalam membimbing serta memantau perkembangan anak-anak ini sepanjang alam persekolahan, sehingga mereka bersedia melangkah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi.
Kerana kejayaan dibina melalui sokongan yang konsisten dan kerjasama yang erat.
