Seri Ramadan: Majlis Iftar Yayasan Perak Mengukuh Ukhwah

Yayasan Perak telah menganjurkan Majlis Iftar bertempat di Galasa Caldwell dalam suasana penuh keberkatan sempena Ramadan Al-Mubarak.

Program ini turut dihadiri barisan anggota Yayasan Perak, pengurusan dan warga kerja YP Nominees Holdings serta Perak Transit selaku rakan strategik yang memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini. Turut bersama ialah anak-anak angkat di bawah Program Hijrah Insaniah.

Majlis ini bukan sekadar berbuka puasa bersama, malah menjadi platform memperkukuh silaturahim dalam keluarga besar Yayasan Perak serta mempererat hubungan antara organisasi dan rakan strategik.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian hamper raya kepada sebahagian kakitangan Yayasan Perak dan anak-anak angkat Program Hijrah Insaniah, sebagai tanda penghargaan dalam meraikan kebersamaan di bulan Ramadan.

Semoga ukhuwah yang terjalin terus diperkukuh dan segala usaha yang dilaksanakan memberi manfaat berterusan.