RERUAI PAMERAN KARNIVAL PENDIDIKAN MARA KPM 2026
Sebagai tanda komitmen berterusan, Yayasan Perak terus turun padang menyantuni para pelajar dengan membuka reruai sempena Karnival Pendidikan MARA 2026 di Mydin Mall, Meru, Ipoh.
Inisiatif ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pelbagai peluang bantuan pendidikan seperti:
- Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak
- Insentif Siswa Yayasan Perak bagi pengajian dalam dan luar negara
Bukan sekadar pameran, malah ia menjadi titik permulaan buat para pelajar untuk mendapatkan panduan, akses kepada bantuan kewangan serta keyakinan bagi melangkah ke tahap pengajian lebih tinggi tanpa dibatasi kekangan kewangan.
Usaha berterusan Kerajaan Negeri Perak ini memastikan setiap anak Perak tidak tercicir, seterusnya berpeluang menikmati manfaat yang disediakan oleh Yayasan Perak demi membina masa depan yang lebih cerah.
