Reruai Jelajah Desaku & Reruai OSC Sejahtera Sosial
Yayasan Perak terus giat mendekati masyarakat dengan menyantuni para pelajar serta komuniti setempat melalui pembukaan reruai pameran sempena Jelajah Desaku di Akademi KEMAS Gopeng, serta reruai OSC Sejahtera Sosial Daerah Hulu Perak di SMK Kenering.
Melalui inisiatif ini, pengunjung didedahkan kepada pelbagai peluang sokongan seperti:
Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak
Insentif Siswa Yayasan Perak (meliputi pengajian dalam dan luar negara)
Program Pinjaman Tabung Usahawan
Tidak terhad sebagai pameran semata-mata, ia merupakan platform permulaan yang membantu pengunjung mendapatkan panduan, akses kepada bantuan kewangan, serta meningkatkan keyakinan untuk melangkah ke tahap lebih tinggi tanpa bebanan kewangan.
Inisiatif ini menggambarkan usaha berterusan Kerajaan Negeri Perak dalam memastikan setiap anak Perak diberikan peluang yang adil untuk memiliki masa depan yang lebih gemilang.
