Sinar Syawal Yayasan Perak : Mengukir Senyuman Anak-Anak Yatim Menjelang Aidilfitri

Seramai 40 orang anak-anak yatim & asnaf diraikan dalam Program Sinar Syawal 2026 anjuran Yayasan Perak, dengan sebahagian besar daripada mereka merupakan penghuni Asrama Budi Mulia Nurul Huda, Chemor.

Melalui kerjasama strategik bersama Jakel Ipoh, anak-anak ini diberi peluang memilih sendiri pakaian raya mengikut citarasa masing-masing dengan sumbangan pakaian raya bernilai RM200 seorang. Detik memilih pakaian raya sendiri pastinya menjadi kenangan manis buat mereka menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Inisiatif ini bukan sekadar bantuan, tetapi juga usaha memastikan anak-anak yang diraikan turut merasai kemeriahan serta kegembiraan menyambut Syawal seperti anak-anak yang lain.

Program turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datin Seri Aezer binti Zubin, isteri kepada YAB Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Yayasan Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad, yang meluangkan masa menyantuni serta berinteraksi bersama para penerima.

Semoga usaha kecil ini membawa sinar kegembiraan dan kenangan indah buat mereka menjelang Syawal.