Seri Aidilfitri: Goodies Raya Warga Yayasan Perak
Menjelang sambutan Aidilfitri yang bakal tiba, Yayasan Perak meneruskan tradisi tahunan dengan mengagihkan goodies raya kepada seluruh kakitangan sebagai sebahagian daripada persiapan menyambut Syawal.
Penyerahan goodies raya tersebut telah disempurnakan oleh Puan Natrah Adila Binti Mohamad Adnan, Pengurus Sumber Manusia Yayasan Perak.
Agihan goodies raya ini menambahkan lagi kemeriahan persiapan Aidilfitri di pejabat, sekali gus menceriakan warga Yayasan Perak yang bersama-sama menantikan ketibaan Syawal.
Tradisi ini turut mencerminkan semangat kebersamaan serta keharmonian hubungan dalam kalangan warga kerja Yayasan Perak, sekali gus menyemarakkan lagi keceriaan menjelang Syawal.
