Majlis Serahan Tugas Pengerusi Yayasan Perak

8 Mac 2021 – Majlis Serahan Tugas Pengerusi Yayasan Perak telah berlangsung hari ini diantara YAB Dato’ Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan YB Dato’ Mohd Tarmizi bin Haji. Idris, Pengerusi Yayasan Perak. Majlis serahan disaksikan oleh Tuan Azrul Sani bin Ibrahim, Pengurus Besar Yayasan Perak bertempat di Wisma Yayasan Perak. Sekalung penghargaan buat YAB Dato’ Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan yang telah berkhidmat sebagai Pengerusi Yayasan Perak sebelum ini.

#yayasanperak#iltizampendidikantransformasiinsan