𝗬𝗣 𝗦𝗣𝗘𝗖𝗜𝗔𝗟 𝗧𝗔𝗟𝗘𝗡𝗧 – 𝗔𝗗𝗜𝗞 𝗦𝗨𝗙𝗜 𝗦𝗘𝗥𝗟𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗖𝗜𝗟𝗜𝗞 𝗗𝗜 𝗣𝗔𝗠𝗘𝗥𝗔𝗡 #𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛𝗖𝗜𝗞𝗚𝗨

TAIPING, 13–14 Mac 2025 – Adik Muhammad Sufi, 12, murid SK Sultan Idris II, Kuala Kangsar mencuri tumpuan apabila berjaya menyerlahkan bakat dan potensi ciliknya menerusi penyertaan dalam pameran sempena Majlis Pelancaran Gerakan Massa: #terimakasihcikgu Peringkat Kebangsaan Tahun 2025.
Adik Sufi, yang merupakan peserta di bawah Program YP Special Talent, telah mempersembahkan hasil karyanya di hadapan YBhg. Datuk Haji Azman bin Haji Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, serta para pengunjung yang hadir di AEON Mall Taiping sepanjang dua hari penganjuran majlis.
Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia.
Penyertaan Adik Sufi menjadi simbol kejayaan Program YP Special Talent anjuran Yayasan Perak dalam mencungkil dan menyerlahkan bakat anak-anak negeri, khususnya dari luar bandar. Diharapkan bakat-bakat ini akan terus digilap agar mampu mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.