π—¦π—˜π— π—œπ—‘π—”π—₯ β€œπ—¦π—£π—˜π—”π—ž π—ͺπ—œπ—§π—› π—–π—’π—‘π—™π—œπ——π—˜π—‘π—–π—˜β€ 𝗕𝗔𝗑𝗧𝗨 π—£π—˜π—¦π—˜π—₯𝗧𝗔 π—•π—œπ—‘π—” π—žπ—˜π—¬π—”π—žπ—œπ—‘π—”π—‘ π——π—œπ—₯π—œ

16 April 2025 β€” Seminar dua hari β€œSpeak With Confidence” anjuran Neuron Works dengan kerjasama erat Yayasan Perak sedang berlangsung di Casuarina Convention Centre, Ipoh.

Seminar edisi utara ini mendapat sambutan hangat daripada peserta pelbagai latar belakang dan negeri, termasuk dari Perak, Kelantan, Pahang dan Kuala Lumpur β€” membuktikan minat tinggi terhadap program pembangunan kemahiran komunikasi dan keyakinan diri.
Menariknya, seminar ini turut disertai peserta daripada pelbagai peringkat umur. Antara yang mencuri perhatian ialah Adik Sufi, peserta termuda berusia 12 tahun yang juga merupakan murid di bawah Program YP Special Talent anjuran Yayasan Perak.
Disampaikan oleh Tuan Rizal Rashid, seorang Pakar Komunikasi dan Penceramah Antarabangsa, seminar ini menampilkan pelbagai teknik dan strategi komunikasi berkesan yang mampu membantu peserta mengatasi rasa gugup, sekaligus membina karisma dalam penyampaian mereka.
Yayasan Perak berperanan penting dalam menjayakan seminar ini sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan untuk menyokong penganjuran program pembangunan modal insan yang memberi impak positif kepada masyarakat negeri Perak