𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗑 π—£π—˜π—₯π—”π—ž π—§π—˜π—₯𝗨𝗦 π— π—”π—œπ—‘π—žπ—”π—‘ π—£π—˜π—₯𝗔𝗑𝗔𝗑 𝗦𝗧π—₯π—”π—§π—˜π—šπ—œπ—ž π—¦π—˜π—•π—”π—šπ—”π—œ π—”π—›π—Ÿπ—œ π—Ÿπ—˜π— π—•π—”π—šπ—” π—£π—˜π—‘π—šπ—”π—₯𝗔𝗛 π—£π—”π—Ÿπ—’π—› π— π—˜π——π—œπ—–π—”π—Ÿ π—–π—˜π—‘π—§π—₯π—˜

15 APRIL 2025 – Yayasan Perak terus memainkan peranan yang strategik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Paloh Medical Centre (PMC) atau juga dikenali sebagai Hospital Pantai Ipoh dalam memastikan perkembangan sektor kesihatan dan perubatan di Negeri Perak terus diperkasa. Yayasan Perak juga merupakan pemegang saham di dalam institusi tersebut.

Pengurus Besar, YBrs. Dr Nasreen Khanum binti Nawab Zadah Khan hari ini menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah Paloh Medical Centre (PMC) yang dipengerusi oleh Mr Jean-FranΓ§ois Naa, Ketua Pegawai Eksekutif IHH Healthcare Malaysia dan turut dihadiri Ms Yow Huai Mim, Ketua Pegawai Eksekutif Pantai Holdings Sdn Bhd; Dr Shuba serta Mr Noel Chua yang juga barisan Ahli Lembaga PMC.
Penyertaan Yayasan Perak dalam Lembaga Pengarah PMC dilihat sebagai satu langkah strategik dalam membuka lebih banyak ruang kerjasama rentas sektor selain sektor pendidikan.
Dalam masa yang sama, YBrs. Dr Nasreen Khanum telah dibawa melawat fasiliti-fasiliti PMC yang telah dinaiktaraf bagi memberikan keselesaan yang lebih kepada pesakit, selain menawarkan perkhidmatan yang berkualiti. Dr Nasreen turut melawat dan bersuaikenal dengan pakar-pakar perubatan yang berkhidmat di Hospital Pantai Ipoh.