π¦ππ ππ‘ππ₯ βπ¦π£πππ πͺππ§π ππ’π‘πππππ‘ππβ ππππ¦π π¨π§ππ₯π – πππ₯π ππ¨π

17 April 2025 β Seminar βSpeak With Confidenceβ edisi Utara yang disampaikan oleh Tuan Rizal Rashid, pakar komunikasi dan penceramah antarabangsa telah berjaya dilangsungkan selama dua hari berturut-turut di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh.
Sepanjang dua hari, peserta telah diberi bimbingan termasuk sesi interaktif, latihan dan aktiviti berkumpulan. Antara segmen menarik pada hari ini termasuk βtoolset dan sesi praktikalβ, serta βkomunikasi berpengaruhβ.
Penganjuran seminar ini bertujuan memberi pendedahan tentang teknik komunikasi berkesan, pengucapan awam, serta membina personaliti yang meyakinkan dalam pelbagai situasi profesional dan sosial.
Sambutan luar biasa daripada peserta membuktikan bahawa keperluan program seperti ini mampu membantu individu untuk tampil lebih yakin dan berkarisma. Seminar ini diharapkan menjadi platform bermanfaat untuk peserta terus berkembang dan membantu untuk melangkah lebih jauh.
Menurut pihak penganjur, edisi seterusnya akan diadakan khusus bagi golongan murid sekolah dengan pendekatan yang lebih mesra dan bersesuaian dengan peringkat umur mereka.