𝗥𝗘𝗥𝗨𝗔𝗜 𝗬𝗣 – 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗔𝗜𝗠 𝗧𝗩𝗘𝗧 𝗖𝗜𝗞𝗚𝗨 𝗦𝗔𝗔𝗥𝗔𝗡𝗜

Tapah, 19 April 2025 – Yayasan Perak sekali lagi tampil proaktif dalam mendekati komuniti setempat apabila turut serta memeriahkan program Jelajah AIM TVET Cikgu Saarani tahun 2025 yang berlangsung di Kompleks Sukan, Tapah.

Melalui pameran ini, Yayasan Perak dapat berinteraksi secara langsung dan memberikan maklumat tepat terutamanya golongan belia dan pelajar mengenai inisiatif bantuan pendidikan seperti Insentif Siswa, Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak serta bantuan pembangunan modal insan yang disediakan oleh kerajaan negeri melalui Yayasan Perak.
Yayasan Perak komited meneruskan program reruai sepanjang tahun untuk memberi pendedahan kepada anak-anak negeri Perak yang memerlukan.