𝗬𝗔𝗕 𝗠𝗕 π—₯π—”π—¦π— π—œ π—£π—˜π—‘π—¨π—§π—¨π—£ π—¦π—˜π— π—œπ—‘π—”π—₯ π—žπ—˜π—œπ—•π—¨π—•π—”π—£π—”π—”π—‘

23 April 2025 – Seminar Keibubapaan 2025 anjuran Yayasan Perak melabuhkan tirainya hari ini di Sekolah Menengah Sains Tapah dengan kehadiran lebih 500 peserta.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, yang turut diiringi oleh YB Encik Khairudin bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan dan YBrs. Dr Nasreen Khanum binti Nawab Zadah Khan Pengurus Besar Yayasan Perak.
Hadir sama, YBrs. Encik Safuan bin Haji Raba’ai, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri; Encik Azman Bin Yahaya, Pegawai Pendidikan Daerah Batang Padang, Puan Nor Hashimah Binti Abdul Samat, Pengetua Sekolah Menengah Sains Tapah.
Di penghujung majlis, YAB Menteri Besar Perak turut menyempurnakan simbolik pemakaian Lencana Jalur Gemilang kepada empat orang murid.
Simbolik ini diadakan sebagai usaha menyahut Kerajaan Persekutuan dalam usaha menyemai semangat patriotisme seawal usia persekolahan.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan seminar ini dari awal hingga akhir. Semoga segala ilmu dan inspirasi yang dibawa menjadi bekal untuk membina keluarga yang lebih cemerlang.