𝗝𝗔𝗠𝗨𝗔𝗡 & 𝗗𝗘𝗞𝗢 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗬𝗣 – 𝗦𝗔𝗧𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗧𝗜

25 April 2025 – Kelab Sukan dan Kebajikan Yayasan Perak telah menganjurkan program Jamuan & Deko Raya Yayasan Perak 2025 buat pertama kali
Program ini bertujuan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri sambil mengeratkan silaturahim dalam kalangan kakitangan serta mewujudkan suasana kerja yang lebih mesra dan harmoni. Antara aktiviti utama ialah pertandingan dekorasi raya bagi setiap unit bahagian serta jamuan raya yang menyajikan pelbagai hidangan menu signature seperti lemang dan rendang, laksa, pencuci mulut.
Program turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang unit bahagian bagi pertandingan dekorasi terbaik serta pakaian terbaik.
Dengan sambutan yang hangat serta penglibatan yang aktif daripada semua warga kerja, Jamuan & Deko Raya Yayasan Perak 2025 berjaya mencapai matlamatnya sebagai platform memperkukuhkan hubungan sesama kelab dalam suasana penuh kemeriahan dan keceriaan Aidilfitri.