๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ง๐ฅ๐ ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ

27 APRIL 2025 – YBrs. Dr. Nasreen Khanum binti Nawab Zadah Khan, Pengurus Besar Yayasan Perak dan seluruh warga kerja turut sama memeriahkan Majlis Riang Ria Aidilfitri GLC Negeri Perak 2025 yang berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Majlis penuh kemeriahan ini menghimpunkan seluruh warga kerja GLC Negeri Perak dalam suasana mesra dan ceria, diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, YAB Menteri Besar Perak, Datoโ Seri Saarani Mohamad bersama isteri, YBhg. Datin Seri Aezer binti Zubin.
Majlis dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh Kumpulan Selendang Perak, diikuti tayangan Video Khas Raya GLC Negeri Perak, sebelum YAB Menteri Besar menyampaikan ucapan inspirasi yang menekankan semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan GLC.
Warga Yayasan Perak turut berpeluang memeriahkan sesi jamuan Aidilfitri, persembahan nyanyian, serta meraikan sesi penyerahan cenderahati penghargaan kepada YAB Menteri Besar dan isteri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC yang mewakili semua GLC. Penghargaan turut diberikan kepada ketua-ketua GLC Negeri Perak oleh YAB Menteri Besar.
Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian duit raya kepada anak-anak kakitangan GLC dan sesi bergambar bersama YAB Menteri Besar.
Semoga kemeriahan ini terus mempererat hubungan silaturahim dan memperkukuh semangat perpaduan warga GLC Negeri Perak.