𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗣𝗔𝗣𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗦𝗨𝗟𝗨𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗬𝗣 𝗢𝗣𝗧𝗜𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗟𝗚 𝗗𝗜 𝗖𝗔𝗦𝗨𝗔𝗥𝗜𝗡𝗔@𝗠𝗘𝗥𝗨

Satu lagi pencapaian Kumpulan Yayasan Perak apabila YP Optima Sdn Bhd, syarikat pegangan Yayasan Perak berjaya membuat penyerahan projek siap bagi pemasangan skrin LED dalaman (indoor) berskala besar jenama LG bagi hotel di Malaysia, bertempat di Casuarina @ Meru, Ipoh.
Projek ini bukan sahaja mencatat sejarah dalam landskap hospitaliti digital tempatan, malah turut menandakan kejayaan jalinan kerjasama sulung antara LG Electronics dan YP Optima Sdn Bhd. Ia juga merupakan pemasangan skrin LED jenama LG pertama yang diimport terus dari Korea untuk kegunaan hotel di Perak sekali gus membuka peluang perniagaan strategik kepada kedua-dua pihak.Skrin LED berdefinisi tinggi ini direka dengan teknologi terkini LG untuk memberikan pengalaman visual premium dan meningkatkan nilai perkhidmatan bagi ruang acara dan korporat. Selain itu, ia juga membuka lembaran baharu dalam transformasi digital sektor hospitaliti.Majlis penyerahan tersebut telah dihadiri YBrs. Dr Nasreen Khanum Binti Nawab Zadah Khan, Pengurus Besar Yayasan Perak; YBrs. En Mohd Zahar Bin Harun, Pengarah YP Optima Sdn Bhd; Pn Wan Nor Adzlinaz, Pengarah Jualan dan Pemasaran Casuarina Meru; serta En Gan Jiunn Haur, Pengurus LG Electronic.Projek ini adalah sebahagian daripada strategi Kumpulan Yayasan Perak untuk mempelbagaikan sumber pendapatan melalui aktiviti anak syarikat, dalam usaha memperkukuh sokongan kepada program pendidikan dan pembangunan insan di negeri Perak.Perjanjian kerjasama tersebut telah ditandatagangi akhir tahun 2024 dan kini telah membuktikan kejayaan apabila berjaya menyiapkan projek sulungnya di Hotel Casuarina Meru, Ipoh. Projek ini juga membuktikan bahawa keupayaan syarikat tempatan untuk bekerjasana dengan syarikat antarabangsa dalam pelaksanaan projek berteknologi tinggi dan berimpak tinggi.#yayasanperak #iltizampendidikantransformasiinsan #kumpulanyayasanperak#ypoptimasdnbhd