𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗔𝗣𝗥𝗘𝗦𝗜𝗔𝗦𝗜 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟱 – 𝗥𝗔𝗜 𝗠𝗔𝗛𝗔𝗦𝗜𝗦𝗪𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗨𝗣𝗦𝗜 𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚

17 Mei 2025– Sekretariat Himpunan Anak Darul Ridzuan (HADARI), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Anak Perak 2025 bagi meraikan kecemerlangan akademik mahasiswa dan mahasiswi anak Perak.
Majlis bertujuan memberi penghargaan kepada para pelajar yang memperoleh Purata Nilai Gred Semester (PNGS) 3.90 ke atas, sebagai pengiktirafan atas usaha dan komitmen mereka. Majlis telah disempurnakan oleh YBrs Dr. Nasreen Khanum Binti Nawab Zadah Khan, Pengurus Besar Yayasan Perak. Turut hadir Ybrs. Profesor Dr. Mohd Azlan Bin Nafiah Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) mewakili Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Ybrs. Encik Muhamad Safwan Bin Sarifbudin mewakili Ketua Timbalan Pendaftar kanan, (Bahagian Hal Ehwal Akademik) Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Ybrs. Profesor Madya Dr. Ariff bin Mohamad, Penasihat Sekretariat Himpunan Anak Darul Ridzuan, UPSI. Tahniah diucapkan kepada para pelajar anak Perak atas pencapaian cemerlang. Semoga terus melakar kejayaan pada masa hadapan. #yayasanperak #iltizampendidikantransformasiinsan #pendidikanperak #peraksejahtera2030