𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗛𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗢 𝟵𝟬𝟬𝟭:𝟮𝟬𝟭𝟱 𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗜𝗧 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞

Yayasan Perak menerusi Unit Integriti dan Audit Dalam telah menganjurkan Kursus Pemahaman dan Pelaksanaan ISO 9001:2015 berlangsung selama 2 hari dan disertai oleh sebahagian Kakitangan Yayasan Perak, bertempat di Bangunan SUK Perak.

Objektif utama kursus ini adalah untuk meningkatkan pemahaman para peserta mengenai keperluan standard ISO 9001:2015 serta memperkukuhkan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti di peringkat organisasi.

Sepanjang kursus berlangsung, peserta telah didedahkan kepada prinsip asas ISO 9001:2015 termasuk pendekatan proses, pengurusan risiko, dokumentasi sistem serta amalan penambahbaikan berterusan.

Kursus ini turut merangkumi sesi perbincangan interaktif, kajian kes serta latihan berkumpulan bagi memastikan kefahaman teori dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan praktikal.

#yayasanperak

#iltizampendidikantransformasiinsan

#kursuspemahamandanpelaksanaaniso