𝗩 𝗣𝗥𝗢𝗗𝗨𝗖𝗧𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗞𝗢𝗟𝗔𝗕𝗢𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗜 – 𝗨𝗡𝗜𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 – 𝗜𝗡𝗗𝗢𝗡𝗘𝗦𝗜𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞

Yayasan Perak telah mengadakan lawatan rasmi dan sesi perbincangan telah diadakan di V Products Sdn Bhd dan SLT Woodwork Sdn Bhd, melibatkan kerjasama antara syarikat tempatan Malaysia dan wakil industri dari Indonesia.

Lawatan ini bertujuan menjalin kolaborasi strategik antara V Products dan SLT Woodwork bersama PT. Global Kriya Nusantara dari Indonesia, selain membincangkan peluang kerjasama dalam jaringan industri dan institusi pengajian tinggi.

Delegasi Malaysia diwakili oleh En. Mustafar Bin Rahadi, Pengarah V Products & SLT Woodwork (peminjam Tabung Usahawan Yayasan Perak); Profesor Madya Dr. Nur Hisham Bin Ibrahim, Rektor UiTM Cawangan Seri Iskandar; dan Puan Nor Husna Binti Idris, Pengurus Modal Insan Yayasan Perak.

Delegasi Indonesia pula terdiri daripada Tuan Abdul Sobur, Ketua Pegawai Eksekutif PT. Global Kriya Nusantara dan Tuan Fauzan Fatwa Amarullah, Ketua Pegawai Eksekutif Kopi Warga Bandung.

Yayasan Perak sentiasa memberikan sokongan berterusan kepada usahawan tempatan yang menerima pembiayaan agensi. Perbincangan berjalan lancar dan membuka ruang kerjasama yang lebih luas dalam bidang keusahawanan, eksport, latihan industri dan perkongsian teknologi antara kedua-dua negara.

#yayasanperak

#iltizampendidikantransformasiinsan