MAJLIS APRESIASI JELAJAH NYALAAN BARA API 2.0

Hari ini kita bersama-sama meraikan kejayaan Jelajah Nyalaan Bara Api 2.0 (JNBA) yang telah menjelajah ke 12 daerah dan menyantuni lebih 6,000 calon SPM 2025 di seluruh Negeri Perak.

Majlis ini adalah tanda penghargaan kepada semua yang telah menjayakan JNBA 2.0 – daripada barisan guru, Majlis Guru Kaunseling,Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, penceramah hinggalah barisan urus setia yang berganding bahu menjadikan program ini berjaya.

JNBA bukan sekadar program motivasi, tetapi sebuah usaha kolektif yang telah menyentuh hati anak-anak Perak dan menyalakan semula semangat mereka untuk menghadapi peperiksaan dengan yakin dan berani.

Semoga program JNBA ini dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang sebagai platform memberi motivasi dan inspirasi kepada calon-calon SPM, demi melahirkan generasi Perak yang lebih berilmu, berdaya tahan dan berjaya.

#yayasanperak

#iltizampendidikantransformasiinsan

#jnba2 #jelajahnyalaanbaraapi

#pendidikanperak