𝗣𝗲𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘁𝗿𝗮𝘁𝗲𝗴𝗶𝗸 𝗣𝗲𝗺𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗵𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸 𝟮𝟬𝟯𝟬

Kerajaan Negeri Perak hari ini melancarkan Pelan Strategik Pemerkasaan Pendidikan Sejahtera Negeri Perak 2030 – dokumen penting yang menjadi hala tuju pendidikan negeri bagi tahun-tahun mendatang.
Pelan Strategik Pemerkasaan Pendidikan Sejahtera Negeri Perak 2030 ini dirangka selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030, dengan pendidikan sebagai tunjang utama pembangunan modal insan. Ia diterajui oleh Yayasan Perak dengan kerjasama 11 agensi penggerak, serta disokong menerusi penyelidikan pihak Universiti Putra Malaysia.
Pelan ini memperincikan empat kluster utama iaitu pendidikan awal, rendah dan menengah; pengajian tinggi; pendidikan untuk wanita, OKU dan warga emas; serta pendidikan ikhtisas dan tahfiz.
Keempat-empat kluster ini pula didukung oleh sepuluh domain teras yang merangkumi pendidikan sepanjang hayat, pembelajaran awal kanak-kanak dan pendidikan khas, pendidikan kenegaraan dan kesejahteraan mental, pendidikan keusahawanan, kebolehpasaran graduan, kepimpinan dan tadbir urus, infrastruktur serta kualiti penyampaian, peningkatan akses dan prestasi pendidikan, transformasi TVET, serta penguasaan digital.
Dengan pelan ini, semua agensi pendidikan dan pembangunan modal insan dapat bergerak dengan hala tuju yang selari – memastikan sistem pendidikan Perak lebih tersusun, inklusif dan berimpak tinggi.
Perak Makmur, Rakyat Sejahtera
#iltizampendidikantransformasiinsan