𝗬𝗣 𝗦𝗣𝗘𝗖𝗜𝗔𝗟 𝗧𝗔𝗟𝗘𝗡𝗧: 𝗕𝗘𝗡𝗚𝗞𝗘𝗟 𝗦𝗘𝗡𝗜 𝗞𝗔𝗥𝗧𝗨𝗡-𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔𝗥 𝗣𝗢𝗧𝗘𝗡𝗦𝗜, 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗗𝗘𝗣𝗔𝗡

Yayasan Perak berterusan mendukung usaha mencungkil bakat anak-anak negeri. Menerusi YP Special Talent, keistimewaan bakat Adik Muhammad Sufi semakin diasah melalui bimbingan pakar kartunis hebat iaitu Boy PJ dan Huzza.
Dalam bengkel ini, setiap latihan turut diperkaya dengan pemahaman anatomi asas karakter serta mempelajari postur pergerakan melalui teknik squash dan stretch.
Lebih daripada sekadar melukis, bengkel ini turut membimbing Adik Sufi untuk menghasilkan karya yang penuh tenaga, dan mempunyai nilai dalam setiap lukisan yang dihasilkan.
Yayasan Perak komited mengangkat potensi bakat istimewa anak muda agar terus bersinar menuju masa hadapan yang gemilang.