YAYASAN PERAK SOKONG PEMBANGUNAN BAKAT MUDA

Yayasan Perak berbesar hati dapat turut serta dalam menjayakan Program UDA Cares: “Bangunkan Komuniti, Lahirkan Juara”, sebuah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh UDA Holdings Berhad (UDA) yang memberi ruang kepada pelajar sekolah mengasah potensi dalam sukan boling.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen Yayasan Perak dalam memperkukuh pembangunan belia dan komuniti dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030 untuk melahirkan generasi muda yang aktif, berdisiplin dan berdaya saing.

Program latihan yang berlangsung di Angsana Ipoh Mall ini melibatkan pelajar daripada pelbagai sekolah sekitar Kinta, dengan bimbingan jurulatih profesional tempatan. Ia bukan sahaja mencungkil bakat baharu, tetapi turut membentuk semangat berpasukan serta nilai kepimpinan dalam kalangan peserta.

Tahniah kepada UDA, rakan kolaborasi dan semua peserta atas kejayaan penganjuran program yang berimpak positif ini. Semoga usaha sebegini terus diperluas demi mencorak masa depan negeri Perak!