Bantuan ini bertujuan untuk:

a) Memberi kesedaran dan menggalakkan rakyat untuk membuat simpanan bagi kegunaan anak apabila melanjutkan pengajian di universiti.

b) Mendidik kita supaya tidak terlalu bergantung kepada skim pinjaman pengajian tinggi.

c) Mengurangkan tanggungan beban hutang pendidikan yang tinggi di kemudian hari.

KADAR PEMBERIAN

PerkaraNilai Bantuan
Skim Simpanan Pendidikan Tinggi NasionalRM200

Beberapa keistimewaan telah ditawarkan oleh pihak PTPTN antaranya ialah:

1. Merupakan satu cara atau kaedah simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi;

2. Menawarkan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000.00 setahun;

3. Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas;

4. Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk sebuah keluarga yang layak;
(Syarat keluarga berpendapatan bulanan tidak melebihi RM4,000.00 sebulan layak Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT)

5. Simpanan serendah RM20.00 sahaja pada bila-bila masa;

6. Kadar dividen yang menarik serta kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;

7. Kemudahan simpanan melalui potongan gaji.

Perlindungan takaful secara percuma berupa manfaat dan atau khairat kematian hanya layak untuk pendeposit yang berumur 18 hingga 65 tahun. Sementara penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun layak mendapat khairat kematian jika berlaku kematian ke atasnya. Walaubagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

SYARAT BANTUAN TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK

1. Anak adalah warganegara Malaysia dan lahir di Negeri Perak.

2. Anak mestilah berumur 13 tahun dan ke bawah pada tarikh permohonan.

3. Ibu atau bapa adalah kelahiran Negeri Perak.

4. Sekiranya anak dilahirkan di daerah yang bersempadan dengan Negeri Perak, salah seorang ibu atau bapa mestilah kelahiran Negeri Perak. Hospital Bersalin yang terletak di :-

  • – Pulau Pinang (Daerah Kerian)
    – Kedah (Larut, Matang & Selama)
    – Selangor (Daerah Muallim)

    5. Jika kedua – dua ibu bapa bukan kelahiran Negeri Perak, mereka perlu mendapatkan Surat Pengesahan Bermastautin daripada Pejabat Penghulu / Ketua Kampung.

    6. Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM 7,500.00

    DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

    a. Salinan Sijil Kelahiran atau Salinan MyKid Anak

    b. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) Ibu dan Bapa / Penjaga

    c. Salinan Slip Gaji atau Pengesahan Pendapatan Ibu dan Bapa / Penjaga

    d. Surat Pengesahan Bermastautin daripada Pejabat Penghulu / Ketua Kampung

    e. Salinan Surat Pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak merupakan angkat

    CARA MEMOHON
    i. Layari website www.yayasanperak.gov.my
    ii. Klik pada ‘Mohon Bantuan’
    iii. Klik butang ‘Daftar Sekarang’ jika masih belum mempunyai akaun
    iv. Log Masuk menggunakan Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan
    v. Klik butang ‘Mohon Baru’ pada ‘Borang Tabung Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak’
    vi. Isikan semua maklumat yang diperlukan
    vii. Muat naik dokumen yang diperlukan dan tekan butang ‘Hantar Permohonan’
    viii. Status Permohonan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

    MOHON SECARA ATAS TALIAN



    Muat Turun Borang Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak

    1. Perbankan Internet
    2. JomPAY
    3. Kaunter Ejen PTPTN
    4. e-pay
    5. ATM/CDM/CICO

    Klik di SINI untuk keterangan lebih lanjut.


    Klik SINI untuk SOALAN LAZIM.