1. Apakah fungsi Yayasan Perak?

Yayasan Perak menyediakan bantuan-bantuan pendidikan untuk semua peringkat bermula dari kelahiran bayi, pelajar sekolah rendah dan menengah sehingga kepada mahasiswa yang melanjutkan pelajaran ke IPT.

Selain itu, Yayasan Perak adalah rakan strategi dalam usaha Kerajaan Negeri untuk memperkasakan pembangunan sosial rakyat Negeri Perak melalui beberapa program berbentuk bantuan perumahan serta bantuan pinjaman mikro kepada usahawan sekaligus memastikan bantuan kepada golongan sasar rakyat Negeri Perak dapat dilaksanakan.

 

2. Bagaimanakah cara untuk memohon bantuan Insentif Siswa Yayasan Perak ?

Pelajar yang telah ditawarkan tempat pengajian dimana-mana IPTA dan IPT terpilih, boleh membuat permohonan bagi Insentif Siswa dengan memohon secara atas talian (online) dengan langkah seperti berikut:

  1. Daftar akaun bagi memohon bantuan-bantuan di Yayasan Perak di Pemohonan Bantuan Yayasan Perak
  2. Pilih Mohon Bantuan Insentif Siswa Yayasan Perak
  3. Isi permohonan dengan lengkap dan betul
  4. Lengkapkan semua dokumen yang diperlukan di ruangan Muat naik dokumen.
  5. Klik Hantar permohonan.
  6. Status permohonan boleh disemak secara atas talian melalui akaun permohonan yang telah dibuat selepas 2 minggu dari tarikh hantar permohonan.

3. Berapakah kadar Insentif Siswa Yayasan Perak yang disediakan berdasarkan peringkat pengajian?

Bantuan ini adalah secara “one-off berdasarkan peringkat pengajian di dalam negara seperti berikut:

Bil.Peringkat PengajianNilai Bantuan (RM) 
(Pendapatan RM5,000 Ke Bawah)
1.Sijil (Termasuk Sijil & Diploma Vokasional) RM300.00
2.DiplomaRM500.00
3.Ijazah Sarjana MudaRM1,000.00

4. Adakah pelajar yang melanjutkan pengajian ke luar negara layak memohon bantuan Insentif Siswa Yayasan Perak?

Ya, layak memohon bagi mereka yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian sepenuh masa peringkat Diploma sehingga Ijazah Sarjana Muda di IPT luar negara yang diiktiraf oleh JPA dan MQA.

Bantuan ini adalah secara “one-off” berdasarkan peringkat pengajian serta kategori Negara seperti berikut:

Kategori NegaraKategori A  Kategori B  
Peringkat PengajianNilai Bantuan (RM)
Diploma1,500.002,500.00
Ijazah Sarjana Muda3,000.005,000.00

Agihan Negara mengikut kategori dan Negara sila rujuk INSENTIF SISWA YAYASAN PERAK

Senarai IPT yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) boleh disemak di pautan Kelayakan MQA

5. Apakah syarat-syarat permohonan bagi memohon Insentif Siswa Yayasan Perak ?

SILA RUJUK :

Insentif Siswa Yayasan Perak

 

6. Siapakah yang layak memohon Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak?

Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak merupakan insentif yang diberikan dalam bentuk simpanan pendidikan SSPN-Prime untuk masa hadapan anak-anak.

a. Penerima manfaat (anak) hendaklah warganegara Malaysia dan kelahiran  Negeri Perak berumur 13 tahun ke bawah.

b. Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak, atau

c. Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi SEDANG beralamat di luar Negeri Perak dan TELAH bermastautin di Negeri Perak lebih 10 tahun, atau

d. Ibu atau bapa kelahiran LUAR Negeri Perak dan TELAH bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun, atau

e. Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi ANAK LAHIR DI DAERAH YANG BERSEMPADAN dengan Negeri Perak (Hospital Bersalin terletak di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor).

f. Bagi permohonan di para c, dan d, SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK LEBIH 10 TAHUN dari Penghulu Mukim / Ketua Kampung diperlukan.

g. Bagi permohonan di para 1.5, SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK dari Penghulu Mukim / Ketua Kampung diperlukan.


 

7. Apakah bantuan-bantuan yang disediakan oleh Yayasan Perak selain daripada bantuan Pendidikan ?

1. Program Pinjaman Tabung Usahawan

2. Program Sayangi Rumahku

3. Pinjaman Tanpa Faedah Rumah Perakku Prihatin

 

8. Apakah peranan Yayasan Perak selain bantuan pendidikan dalam penyampaian bantuan pembangunan sosial kepada golongan sasar  dan golongan miskin di seluruh Negeri Perak?

  • Menjalankan program bersama Jabatan Pelajaran Negeri Perak dalam membantu meningkatkan tahap pendidikan Negeri Perak.
  • Menganjurkan program atau aktiviti dalam menyokong usaha Kerajaan Negeri membantu rakyat Negeri Perak.

9. Bagaimanakah cara untuk memohon Biasiswa YAB Menteri Besar?

Program ini dijalankan secara kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN) dimana senarai nama pelajar yang berkelayakan akan disenarai pendekkan oleh pengurusan JPN dan diserahkan kepada pengurusan Yayasan Perak untuk tindakan selanjutnya. Tiada borang permohonan diperlukan.

10. Apakah cara lain untuk berhubung dengan Yayasan Perak?

Sebarang pertanyaan lanjut atau maklumbalas boleh dibuat melalui:

  1. Emel ke info@yayasanperak.com.my atau 
  2. Whatsapp Rasmi +60 13 434 5300
  3. Maklumbalas di laman web Yayasan Perak  ruangan >>Maklum Balas.
  4. Melalui Media Sosial Yayasan Perak (Facebook di Yayasan Perak – Rasmi, Instagram @YayasanPerak, Twitter @YayasanPerak