KUNJUNGAN HORMAT PENGURUS BESAR YAYASAN PERAK KEPADA DATUK BANDAR IPOH

Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr. Nasreen Khanum binti Nawab Zadah Khan telah mengadakan kunjung hormat ke atas Datuk Bandar Ipoh, YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah bertempat di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh.

Pertemuan ini menjadi platform untuk memperkukuh jalinan kerjasama antara Yayasan Perak dan Majlis Bandaraya Ipoh, khususnya dalam merangka serta menyelaras inisiatif yang memberi manfaat aspek sosial, pendidikan dan Kebajikan rakyat khususnya penduduk bandaraya Ipoh.

Sesi perbincangan turut memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi pandangan serta mengenal pasti potensi kolaborasi yang boleh dilaksanakan secara bersama, seiring dengan aspirasi pembangunan bandar yang inklusif dan lestari.

Diharapkan sesi kunjungan hormat ini menjadi titik tolak pertama kepada kerjasama yang lebih tersusun dan berimpak, demi memperkasa pembangunan sosial dan modal insan serta kesejahteraan masyarakat.