KUNJUNGAN HORMAT PENGURUS BESAR YAYASAN PERAK KEPADA PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
YBrs. Dr. Nasreen Khanum binti Nawab Zadah Khan, Pengurus Besar Yaysan Perak telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBrs. Encik Zulkafli bin Mohamed Mokhtar, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak bagi memperkukuhkan kerjasama strategik berkaitan agenda pemerkasaan pendidikan di Negeri Perak.
Kunjungan hormat ini memfokuskan kepada perancangan dan penyelarasan program-program pemerkasaan pendidikan sepanjang tahun 2026, melibatkan kerjasama berterusan antara kedua-dua pihak.
Turut dibincangkan adalah beberapa inisiatif baharu yang dirangka bagi memberi nilai tambah dalam pendidikan dan pembelajaran, termasuk usaha mengimarahkan masjid sebagai ruang dan pusat pembelajaran berasaskan komuniti, pembinaan jati diri serta pengukuhan komuniti setempat.
Melalui kerjasama strategik ini, Yayasan Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak komited untuk memperkukuh pelaksanaan inisiatif pendidikan yang lebih holistik, inklusif dan berimpak tinggi demi melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
