RPPYP – Kunci Diserahkan, Sebuah Kehidupan Bermula
Program Rumah Perakku Prihatin Yayasan Perak (RPPYP) terus membuktikan komitmen Kerajaan Negeri Perak dalam memastikan rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa, selamat dan bermaruah.
Bagi Januari 2026, impian memiliki rumah sendiri akhirnya menjadi kenyataan buat 4 keluarga penerima di: Mukim Pengkalan Baharu, Mukim Layang-Layang, Mukim Gerik dan Mukim Kampar.
Inisiatif pinjaman perumahan tanpa faedah ini dilaksanakan melalui Yayasan Perak bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM7,500 memiliki rumah sendiri, khususnya mereka yang mempunyai tanah.
Inilah bukti keprihatinan Kerajaan Negeri Perak, yang memahami bahawa rumah bukan hanya tempat berteduh, tetapi asas kepada kebahagiaan keluarga dan masa depan anak-anak.
Selari dengan aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030, Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak akan terus berdiri bersama rakyat, memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada menikmati kehidupan yang lebih makmur dan berkualiti.
Tahniah kepada para penerima, moga rumah ini menjadi syurga kecil yang dipenuhi kasih sayang, ketenangan dan keberkatan.
